Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya mengucapkan selamat hari Malaysia yang ke 51 kepada semua sahabat-sahabat dan saudara-saudara. Perjalanan 50 tahun pertama telah berakhir, kini sudah setahun bagi 50 tahun yang kedua. Saya amat yakin sahabat dan saudara saya di luar sana amat mencintai keamanan dan perpaduan bagi tanah air tercinta.
Besarlah harapan saya supaya kita bersama-sama membina batu asas untuk masa hadapan kita sendiri bermula hari ini. Cabaran era globalisasi kini amatlah berat untuk ditempuh. Masa yang ada sangat terhad untuk dibazirkan. Perjuangan generasi terdahulu telah pun terbukti dengan memperjuangkan kemerdekaan Negara Malaysia. Perjuangan kita masih lagi samar-samar.
Oleh itu, marilah kita memperjuangkan perpaduan dan keamanan dengan integriti yang kukuh sebagai satu penanda aras demi masa hadapan yang lebih baik! Janganlah hendaknya berlaku lagi ketirisan dalam mana-mana sistem petadbiran dan pengurusan baik sektor kerajaan mahupun swasta! Semoga semangat ini kekal di dalam benak sanubari setiap daripada kita rakyat Malaysia dan lahirnya sebuah cinta demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.
Kata nabi s.a.w dalam sebuah hadith;
“Ajaibnya seorang mukmin. Sesungguhnya setiap urusan ada kebaikan dan hal ini tidak didapatkan melainkan pada seorang mukmin. Sekiranya dia mendapat nikmat maka dia bersyukur, maka kebaikan baginya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar, kebaikan baginya” (HR Muslim).
Yang Benar,
Shahrir Semsubhari
No comments:
Post a Comment