Manifesto




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Berikut adalah manifesto saya untuk sesi pemilihan ahli parlimen belia malaysia negeri selangor 2014. Diharap sahabat-sahabat dapat memberi sokongan dan undian bagi membolehkan saya melaksanakan manifesto saya. 


1. Menubuh dan memperkasakan persatuan alumni peringkat menengah, IPTA dan IPTS sebagai medium penting dalam penyampaian informasi maklumat dan kesukarelawanan.


  • menyalurkan data dan maklumat seperti keusahawanan, pembiayaan, ruang perniagaan, peluang pendidikan dan sahsiah diri. 
  • menggalakkan aktiviti kesukarelawanan di kalangan belia. 
  • melatih dan memupuk ciri-ciri kepimpinan. 
  • memupuk nilai-nilai murni dan prinsip kehidupan. 

2. Mewujudkan sebuah club/klinik sukan badminton setempat bagi melahirkan bakat2 baru menjadi pelapis negara.


  • lokaliti menjadi keutamaan dalam misi pencarian. 
  • menjadi platform utama bagi menonjolkan bakat-bakat muda. 
  • mengurangkan gejala masalah sosial. 
  • manfaatkan masa dengan riadah yang baik. 
  • menyokong dasar FIT MALAYSIA. 


3. Bekerjasama dengan semua NGO yang berteraskan ilmu dan keagamaan.

  • mendidik belia dengan ilmu agama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. 
  • menyampaikan informasi dan fakta yang tepat tentang dasar dan polisi kerajaan. 
  • memberi ruang kepada belia bagi melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan sosial. 
  • mengenalpasti masalah-masalah masyarakat setempat. 

4. Melancarkan portal pengiklanan percuma.

  • sebagai medium hebahan percuma kepada belia dalam menyampaikan aktiviti keagamaan, pendidikan, ekonomi, sosial dan politik. 
  • antara medium pengumpulan suara dari sudut pandang, idea dan masalah-masalah belia. 
  • menjadi sumber rujukan belia bagi perkara yang membawa manfaat dan kebaikan. 



Yang Benar,


Shahrir Semsubhari
Berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air


No comments:

Post a Comment

Share

Hubungi saya

Name

Email *

Message *