Kemelut Selangor




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Berikutan kemelut selangor baru-baru ini, saya ingin melontarkan pandangan saya berhubung isu ini. Saya pecahkan posting saya kali ini dengan beberapa bahagian agar mudah diikuti oleh pembaca sekalian.

Punca

Masalah yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor adalah disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan YB Tan Sri Khalid Ibrahim oleh Parti Keadilan rakyat. Lebih dari satu penggal Negeri Selangor dipimpin oleh Beliau dan telah melahirkan banyak kejayaan. Kebanyakan isu-isu ketirisan dapat diselesaikan oleh beliau. Sokongan ke atas TSKI juga naik mendadak kerana berjaya meyakinkan rakyat dalam hal-hal berbangkit berkenaan Negeri Selangor.




Persoalan

Persoalannya, apakah PKR hanya mempunyai seorang ahli sahaja iaitu TKSI yang mengurus dan mentadbir? Kemanakah pemidato dan ahli politik yang lain di dalam Parti Keadilan Rakyat? Keadaan yang tiba-tiba menjadi sunyi sepi menimbulkan persoalan di dalam sanubari dan kotak pemikiran kami. Mungkinkah ini semua hanya polimik dan retorik? Kami merasakan ada agenda yang lebih besar di sebalik kejadian dan konflik yang berlaku.


Strategi

Peluru strategi politik mula dilancarkan dengan meletakkan TKSI sebagai punching bag atas alasan berlaku ketirisan dalam pentadbiran yang masih lagi tidak dapat dibuktikan oleh PKR. Menggunakan alasan menuruti “convention” semenjak 1957 apabila pencalonan nama baru diminta oleh pihak Istana. Mengetengahkan YB Wan Azizah sebagai hero atau penegak keadilan (boneka) bagi mengalihkan konsentrasi rakyat. 
Persepsi pemikiran rakyat mula positif terhadap kepimpinan kerajaan negeri apabila PAS yang memegang 15 kerusi dewan rakyat, mula menegakkan prinsip perjuangan ulama' dan islam. Akhirnya, pihak pembangkang negeri selangor terjerat dengan permainan politik oleh PKR apabila terikut-ikut dengan TREND yang dicipta oleh mereka.


Keputusan

Hari ini, Dijangkakan pengumuman besar oleh pihak PKR berkenaan isu MB Selangor. Sekiranya YB Azmin Ali dinobatkan sebagai calon MB Selangor oleh permuafakatan PKR, Maka tepatlah apa yang kami ramalkan siapa yang merangka strategi bagi mengukuhkan institusi Parti Keadilan Rakyat. Tiada peluang lagi bagi kerajaan persekutuan untuk merampas Negeri Selangor pada Pilihanraya yang akan datang.



Yang Benar,
Shahrir Semsubhari


No comments:

Post a Comment

Share

Hubungi saya

Name

Email *

Message *