Bersatu dan menerima keputusan


Ahli UMNO Perlu Bersatu, Terima Keputusan Kepimpinan Tertinggi - Fathul Bari

PEKAN, 30 Ogos (Beranam) -- Semua ahli UMNO perlu bersatu dan menerima setiap keputusan yang dibuat barisan kepimpinan tertinggi bagi mengelak berlaku perpecahan sehingga melemahkan parti, kata Exco Pemuda UMNO Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau berkata sebarang masalah dalaman perlu diselesai secara baik dengan merujuk kepada kepimpinan tertinggi sebelum membuat sebarang keputusan.

"Sukar untuk UMNO meyakinkan mengundi jika masalah dalaman parti sendiri kita gagal atasi sehingga menyebabkan perpecahan," kata Fathul Bari ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pekan, Sabtu.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda bahagian itu mengemukakan tiga usul, antaranya mendesak tindakan tegas diambil terhadap pihak yang sengaja mencetuskan provokasi di laman sosial dan memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST).



--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Share

Hubungi saya

Name

Email *

Message *