Ketahui tentang GST




Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera buat semua. 


Hari ini saya ingin memberikan info tentang GOOD AND SERVICES TAX atau lebih dikenali dengan nama singkatannya GST. Ia adalah sejenis cukai yang ditukar ganti daripada sistem percukaian yang lama iaitu SALES AND SERVICES TAX (SST) di mana 10% + 6% = 16% berbanding GST = 6%. Sistem cukai GST adalah sistem cukai kepenggunaa yang lebih efisen dan efektif bagi mengelakkan ketirisan yang berlaku dalam sistem yang sebelumnya SST.




Pengamatan saya :


  • Sistem yang baru ini amat tidak digemari oleh pihak pengeluar ataupun pihak pengilang kerana mereka yang terlibat tidak dapat meletakkan bebanan cukai ke atas peruncit dan peniaga yang membeli barangan daripada mereka seperti sebelum ini dan memperoleh keuntungan berganda.
  • Cukai SST yang dikenakan mampu disorok atau dialihkan oleh penjual. Contohnya, mengenakan kedua-dua cukai iaitu cukai jualan dan perkhidmatan kepada pembeli atau pengguna seterusnya hanya membayar satu jenis cukai pada pihak kerajaan iaitu cukai jualan.
  • Cukai GST adalah sejenis cukai yang adil kepada semua pihak apabila hanya dikenakan sebanyak 6% daripada Pengeluar sehingga kepada pengguna. Tiada istilah berlaku kenaikan barang apabila GST dilaksanakan pada 1 APRIL 2015 nanti. Kenaikan harga barang hanya mungkin akan berlaku apabila ada pihak penjual yang cuba menaikkan harga barang untuk sekali lagi meletakkan beban cukai ke atas pembeli.
  • Cukai GST dikenakan ketas semua jenis barangan dan perkhidmatan tetapi barangan keperluan asas seperti beras, gula, ikan, pengangkutan awam, air dan sebagainya pula tidak dikenakan cukai GST.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat saya di luar sana supaya mengambil ilmu tentang SST dan GST sebelum anda dipergunakan dan ditipu oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Sistem cukai yang menyeluruh ini mampu menambah hasil pendapatan negara lantas dapat disalurkan bagi pembangunan banyak perkara. 





Sekian, terima kasih.



Yang benar,

Shahrir Semsubhari
Berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air

No comments:

Post a Comment

Share

Hubungi saya

Name

Email *

Message *