Hati Yang Sakit


Assalamu'alaikum w.b.t buat sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku di luar sana. 



Inginku nukilkan suatu perihal tentang "Hati yang sakit" berdasarkan pengalaman, pemerhatian, penelitian dan pendengaranku...

Semua manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan sewaktu hayatnya di atas muka bumi ini. Tetapi, bagaimanakah seseorang itu membaiki kesilapannya ataupun bertaubat untuk tidak mengulangi kesilapannya. Sama ada menjadi lebih baik ataupun sama sahaja mahupun bertambah buruk. Konteks hari ini melontarkan pandangan tentang keadaan hati yang sakit dan bagaimana ianya mengubah hidup seseorang.

Nafsu adalah kehendak yang sukar di kawal dan dibendung. Nafsu juga memainkan peranan penting dalam aspek kecenderungan hati.Sentiasa kecenderungan hati yang berdasarkan nafsu akan mendatangkan kemudharatan apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan nafsu tanpa menimbang sesuatu perkara menggunakan akal dan pegangan. Contohnya, kehidupan manusia di atas muka bumi sentiasa diberi pilihan tetapi dek kerana kehendak, seseorang itu gagal memilih sesuatu perkara yang baik berdasarkan akal dan pegangannya.

Firman Allah s.w.t, maksudnya :


"Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan Sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka. (An-Najm : 23)"

Dek kerana nafsu, terlahirlah hati yang sakit. Ciri-ciri hati yang sakit ini dapat dilihat ke atas seseorang yang mempunyai perasaan hasad dengki, bercakap bohong, suka mengambil kesempatan, tidak amanah, suka melakukan perkara maksiat, fitnah dan sebagainya. Pendek kata, sifat-sifat mazmumah itu terhasil daripada hati yang sakit. Kecenderungan kepada perkara-perkara mazmumah ini menggelapkan dan lebih menyakiti hati itu sendiri. Paling menyedihkan, seseorang yang mempunyai hati yang sakit ini mampu memudharatkan dan menarik orang disekelilingnya cenderung kepada perkara yang buruk.

Firman Allah s.w.t, maksudnya :


“Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?. Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami, mereka itu tidak lain, hanyalah sepertibinatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu).” (Al-Furqon : 43-44)

Tidak dinafikan ada dikalangan empunya hati yang sakit sedar dengan perkara ini, tetapi lebih banyak lagi yang tidak sedar ataupun buat-buat tak sedar tentang keadaan hati yang semakin parah. Di mana hati itu terus diselubungi dengan kehitaman, setiap manusia itu senantiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t tentang sesuatu perkara, tetapi terpulang kepadanya sama ada memilih kebaikan ataupunkeburukan. Cukup sekadar lintasan-lintasan di dalam benak sanubari setiap insan bagi membuat keputusan dan hala tujuan. 

Allah s.w.tberfirman, maksudnya : 

"Dan Sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas". (Al-An’am : 119)


Dan Firmannya lagi, maksudnya :

"Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".(As-Sajdah 32:13)


Hujahku pada hari ini adalah di atas dasar mahu menggamit kalian dengan berpegang pada pegangan yang benar dalam membersih dan menyembuhkan hati yang sakit. Berdasarkan pengalamanku sehingga kini, belum ada cara yang lebih baik bagi menyembuhkan hati selain daripada membaca dan memahami Al-Quran. Sunnah yang benar membina akhlak dan peribadi yang mulia di dunia dan akhirat. Carilah jalan yang membawa kamu ke destinasi yang lebih baik daripada memudharatkan diri kamu sendiri. Mohonlah keampunan kerana ianya adalah terbaik buat kamu. Percayalah, Al-Quran itu diturunkan bagi sesiapa yang mahu mencari kebenaran.

Akhir kata, bersamalah kita membantu sahabat-sahabat di luar sana yang masih meraba-raba di dalam kegelapan. Maafkanlah setiap kesalahan yang dilakukan atas diri kamu. Putihkanlah aqidah dan iktiqad kita semua dengan perkara yang benar, bukannya dengan perkara bida'ah dan sia-sia. Semoga Allah s.w.t memberi kita semua kejayaan, dipermudahkan segala urusan, dirahmati, diberkati dan diredhai... Jazzakallahu khairun.


Yang Benar,

Shahrir Semsubhari
Berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara

No comments:

Post a Comment

Share

Hubungi saya

Name

Email *

Message *