Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Umum mengetahui tentang kematian Datuk Noor Zahidi Omar iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor N1. Beliau menyandang kerusi DUN N1 lebih dari 3 penggal. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat rakyat negeri Kelantan khususnya kawasan pengkalan kubor. Masyarakat setempat amat menyenangi beliau atas keprihatinan dan kredibiliti sebagai wakil rakyat. Beliau bukanlah seorang ahli politik yang bersandar atau berpaut pada parti semata-mata tetapi beliau adalah seorang “winnable candidate” yang menjadi tulang belakang kepada Parti Barisan Nasional.
Umum mengetahui tentang kematian Datuk Noor Zahidi Omar iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor N1. Beliau menyandang kerusi DUN N1 lebih dari 3 penggal. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat rakyat negeri Kelantan khususnya kawasan pengkalan kubor. Masyarakat setempat amat menyenangi beliau atas keprihatinan dan kredibiliti sebagai wakil rakyat. Beliau bukanlah seorang ahli politik yang bersandar atau berpaut pada parti semata-mata tetapi beliau adalah seorang “winnable candidate” yang menjadi tulang belakang kepada Parti Barisan Nasional.
Hari ini, kerusi beliau bakal dipertaruhkan demi nasib rakyat Pengkalan Kubor. Pertembungan dua penjuru selaku “pioneer” dalam pilihanraya kali ini menonjolkan Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) dan Mat Razi Mat Ail (BN) yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Mat Razi dikatakan menepati kriteria calon pilihan Barisan Nasional (BN) kerana selain mempunyai latar belakang pendidikan dan profesionalisme yang hebat. Beliau juga seorang tokoh agama yang dihormati termasuk menjadi pengasas kepada sebuah sekolah pondok. Manakala calon PAS pula selaku setiausaha PAS kawasan Tumpat.
Berdasarkan rekod yang lepas, Barisan Nasional telah pun memengangi kerusi DUN N1 selama tiga penggal berturut-turut yang disandang oleh Arwah Datuk Noor Zahidi Omar yang tidak mampu dikalahkan oleh lawan-lawannya yang sentiasa bertukar2 daripada parti pihak lawan. Disini dapat diperakui bahawa kemenangan Parti Barisan Nasional bukanlah kerana parti tetapi adalah kerana kekuatan individu yang diterima oleh masyarakat setempat. Namun begitu, Pas bukanlah parti yang ditolak oleh masyrakat setempat, tetapi mungkin kekurangan dari segi kredibiliti dan kapasiti calon secara peribadi.
Boleh dikatakan calon BN hari ini seorang jaguh kampung yang berlawan dengan seorang nakhoda. Meletakkan seorang 'underdog' player bukan lagi suatu masalah bagi BN apabila tidak mampu mendapat keputusan yang lebih baik pada PRU 13 yang lepas memberi pengajaran buat parti tua itu lebih proaktif dan disiplin. Persoalannya, mampukah jaguh kampung ini meraih sokongan masyarakat setempat berdasarkan kapasiti beliau? Saya kira, ada kemungkinannya beliau mampu tetapi sokongan ini akan dirosakkan oleh jentera-jentera import BN yang terlalu yakin akan menang, sedangkan mereka bukan lagi bersama arwah Datuk Di.
PAS boleh lebih disiplin kali ini dalam merangka strategi bagi menawan DUN N1 apabila meletakkan seorang nakhoda yang berperanan sebagai AJK di dalam parti. Isu Negeri Selangor menjadi sandaran bagi meraih populariti dan keyakinan rakyat setempat terhadap kepimpinan ulama'. Tidak dapat tidak, sentimen yang dimainkan mampu juga menarik perhatian pengundi walaupun tiada kena-mengena dengan tempat mereka. Di anggarkan seramai 2000 jentera PAS sudah pun bertapak di Pengkalan Kubor. Dikhuatiri ejen-ejen PAS ini bukan dari golongan kepimpinan ulama' seperti yang dicanang-canang oleh tuan Presiden Parti.
Tiada isu-isu sensitif baru yang dimainkan di Pengkalan Kubor sempena PRK kali ini. Lebih banyak berkisar dengan pembangunan dan masalah sosial setempat. Akhir kata, saya menjangkakan Parti PAS akan memenangi pilihanraya ini kerana lebih tersusun dan mempunyai kesatuan sebagai sebuah pasukan. Manakala BN pula tidak dapat bersatu-padu dari sudut melonjak kapasiti calon setara dengan penyandang yang lepas. Kebanyakan populariti kempen itu di sedut sendiri oleh jentera bagi menjaga kerusi masing-masing. Walaupun tidak mendapat majority yang besar, PAS tetap menambah satu lagi kerusi di dalam Dewan Rakyat Negeri Kelantan.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar
Shahrir Semsubhari
Berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air
No comments:
Post a Comment