Layan dia dengan cara yang lebih baik




Baru-baru ini saya terbaca suatu pandangan atau kata-kata daripada seorang saudara yang bernama Naveetha Roopan seorang pelajar vaterinar di UPM. Kenyataannya berbunyi sindirin dan celaan terhadap bangsa melayu dan pertubuhan politik UMNO yang digelar UMNGOK. Amat terkilan rasa hati apabila terbaca kata-kata status yang dipaparkan di media facebook seperti ini kerana saya juga seorang melayu yang rasa terhina sekali apabila diumpamakan seperti anjing dan dikaitkan dengan puak pemberontak. Tidak kurang daripada itu, beliau melontarkan pandangan supaya pihak yahudi membunuh golongan-golongan tersebut.


 Dua penilaian saya pada hujah beliau iaitu:

  1. Mencetuskan perasaan marah dan provokasi di kalangan bangsa dan agama. 
  2. Menarik perhatian masyarakat bagi mendapat publisiti murahan. 

Saya amat tidak bersetuju dengan pandangan beliau yang sepatutnya lebih matang sebagai seorang penuntut institusi pengajian tinggi di dalam kawasan kejiranan saya. Perkara seperti ini boleh menggugat ketenteraman awam dan menular kepada perselisihan antara kaum.

   Tidak pula saya menyokong pihak-pihak yang mencela beliau demi menegakkan sesuatu kebenaran mahupun mempertahan suatu perkara itu. Ingin saya tekankan di sini sebagai seorang bangsa melayu dan beragama islam supaya kamu melayan dia dengan cara yang lebih baik. Allah s.w.t berfirman maksudnya :

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib". (
surah fussilat ayat 34)

   Oleh yang demikian, besarlah harapan saya supaya kita semua tidak mempedulikan beliau. Saya berpandangan apabila kita tidak mengendahkan sesuatu perkara itu, secara tidak langsung ianya akan lekang dan luput dengan sendirinya. Banyak lagi perkara yang lebih mustahak hendak difikirkan dan dilaksanakan demi pembangunan dan kemaslahatan Agama, Bangsa dan Tanah Air kita. Platform kita semua di masa hadapan masih lagi samar-samar...




Yang benar,
Shahrir Semsubhari

No comments:

Post a Comment

Share

Hubungi saya

Name

Email *

Message *