1. Berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas kepimpinan
2. Mendukung Rukun Negara.- Setiap keputusan dan perlaksanaan mestilah mengikut landasan syariah.
- Sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam penyelesaian masalah dan isu.
- Menjadi seorang pemimpin yang berintegriti dan kredibiliti tinggi.
- Menetapkan methodology secara menyeluruh.
- Mengukuhkan ikatan perpaduan dan ukhuwah.
- Mempertahankan Perlembagaan Negara demi kemaslahatan semua.
- Sentiasa berusaha merialisasikan cita-cita Negara.
- Menambahbaik sistem pentadbiran dan perlaksanaan.
- Mencegah ketirisan dan memerangi rasuah.
- Berlaku adil dan saksama kepada semua tidak kira Agama, Bangsa dan warna kulit.
3. Medium penyaluran informasi kepada pelajar dan graduan
- Berusaha menyampaikan setiap peluang kepada belia.
- Mewujudkan ruang dan peluang yang baru.
- Mewujudkan suatu ekosistem yang kondusif buat semua golongan belia.
- Mendidik belia tentang sistem-sistem sedia ada contohnya kewangan, undang-undang, pembangunan dan sebagainya.
- Penglibatan secara terus dengan belia dalam penerimaan dan penyampaian maklumat.
4. Menuntut dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat demi kemaslahatan belia
- Menggunakan pengalaman sedia ada bagi membantu belia berdaya-saing.
- Sentiasa mengemaskini data-data dan informasi yang berguna buat belia.
- Memberi kefahaman secara menyeluruh dalam semua perkara.
- Menjadi sumber rujukan dalam penyelesaian masalah dan konflik belia.
- Bersama-sama dalam mencari dan menyampaikan ilmu.
5. Mengukuhkan ikatan perpaduan antara kaum
- Membina semangat jati diri yang kuat di kalangan belia.
- Mewujudkan sistem dan suasana yang baik demi kemaslahatan belia.
- Mengamalkan budaya murni dan toleransi dengan semua pihak.
- Berlaku adil dalam setiap permasalahan.
- Mencegah sentimen-sentimen yang berpotensi merosakkan hubungan baik sesama kaum.
6. Menyokong dan membantu setiap perkara yang membawa kebaikan kepada Negara
7. Membantu peniaga-peniaga kecil daripada golongan belia- Menjadi medium penyaluran fakta dan maklumat yang tepat buat belia.
- Sentiasa mengutamakan keperluan berbanding kehendak.
- Berusaha melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul.
- Menyumbang idea dan tenaga demi pembangunan Negara.
- Menyediakan platform yang sesuai bagi usahawan dan peniaga.
- Menyampaikan peluang dan bantuan modal.
- Memberi khidmat dan sokongan.
- Mewujud dan menambahbaik persatuan-persatuan peniaga-peniaga kecil.
8. Membina masyarakat belia yang berdayasaing, berilmu dan berprinsip
- Menambahbaik kem-kem latihan sedia ada.
- Menggukuhkan sistem kokurikulum.
- Berusaha mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang baik.
- Memperbaiki hala tuju kumpulan sasar kepada laluan yang lebih produktif.
Setiap misi atau manifesto yang dibentangkan adalah demi melahirkan pemimpin-pemimpin yang
berwibawa di masa akan datang. Langkah-langkah yang diambil akan lebih diperhalusi dari sudut dasar dan perlaksanaan.
Setiap agenda akan berteraskan 5 perkara iaitu Agama, Pendidikan, Ekonomi, Sosial dan Politik dari segi pengisian dan sasaran. Besarlah harapan saya untuk berusaha dan merialisasikan setiap perkara yang telah dirancang demi pembangunan generasi muda.
Moga-moga kita semua menjadi hamba yang bertakwa dan Berjaya. Insya’allah..
Yang Benar,
Shahrir Semsubhari
No comments:
Post a Comment