Assalamu'alaikum w.b.t buat saudara-saudaraku semua.. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kita dikurniakan usia dan kesihatan sehingga ke hari ini. Berakhirnya Ramadhan dan Syawal yakni bulan yang memberi penuh pengajaran dan pengertian, kini kita bertemu dengan bulan zulhijjah. Perkara besar bagi kita umat Islam untuk bulan ini adalah menunaikan fardhu haji. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 97 yang bermaksud :
"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk."
Maksud dan perkara haji secara ringkasnya adalah :
Secara lughawi, haji berarti menyengaja atau menuju dan mengunjungi. Menurut etimologi bahasa Arab, kata haji mempunyai arti qashd, yakni tujuan, maksud, dan menyengaja. Menurut istilah syara', haji ialah menuju ke Baitullah dan tempat-tempat tertentu untuk melaksanakan amalan-amalan ibadah tertentu pula. Yang dimaksud dengan temat-tempat tertentu dalam definisi diatas, selain Ka'bah dan Mas'a(tempat sa'i), juga Arafah, Muzdalifah, dan Mina. Yang dimaksud dengan waktu tertentu ialah bulan-bulan haji yang dimulai dari Syawal sampai sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Adapun amal ibadah tertentu ialah thawaf, sa'i, wukuf,mazbit di Muzdalifah, melontar jumrah, mabitdi Mina, dan lain-lain. (sumber wikipedia)
Oleh itu, marilah kita bersama-sama mendoakan kemaslahatan jemaah-jemaah haji kita tahun ini. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur dan selamat pergi ke tanah suci dan pulang kembali dengan keberkatan dan rahmat. Janganlah hendaknya mereka dan kita semua diuji oleh Allah s.w.t dengan ujian-ujian yang besar. Kurniakanlah hati-hati kita semua dengan petunjuk dan hidayah supaya sampai juga kita semua untuk menunaikan ibadah haji, insya'allah...
Shahrir Semsubhari
No comments:
Post a Comment