Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada hari sabtu, 12 Julai 2014 yang lepas, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan bersama guru dan bekas pelajar. Penyertaan seramai 63 orang bekas pelajar dan 7 orang guru amat menggamatkan suasana. Pihak urusetia juga menyediakan duit raya bagi kanak-kanak yang hadir.
Majlis yang berlangsung di hotel Marriott putrajaya dari jam 6.30pm hingga 9.30pm ini ditaja sepenuhnya oleh saudara Muhammad Ridzwan Bin Razak dan diuruskan oleh saudara Shahrir bersama rakan-rakan. Pihak hotel menyediakan 40 jenis hidangan termasuk 7 jenis kawah. Tidak ketinggalan juga buah durian yang menjadi penarik selera. Suasana diiringi dengan alunan irama zapin dan nyanyian yang lunak dan merdu daripada kumpulan keroncong.
Majlis Iftar ramadhan berakhir dengan tasbih kifarah dan bacaan surah an-nas serta sesi bergambar beramai-ramai. Pihak urusetia menjemput dan mengalu-alukan semua bekas pelajar SMKSS yang ingin mengetahui maklumat dan menyertai aturcara di masa hadapan boleh menghubungi Shahrir.
Yang Benar,
Shahrir Semsubhari
No comments:
Post a Comment