Umum mengetahui LGBT adalah satu singkatan nama bagi golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender iaitu 4 perkara yang haram di sisi agama Islam. Berdasarkan penilitian saya, agenda dan gerakan bagi menghalalkan LGBT semakin hebat dijalankan bukan sahaja di Malaysia malahan di negara-negara lain juga.
Firman Allah di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166 yang bermaksud:
Baru-baru ini saya terbaca berkenaan gerakan ini diperhebat di Filipina dengan menggunakan saluran National Youth Commision Filliphine. Sebagai salah sebuah negara Asean juga, saya dan para sahabat amat bimbang dengan penularan ideologi songsang yang sudah amat hampir ini. Dengan menggunakan perisai hak asasi kemanusian, mereka telah meragut hak asasi kita semua sebagai umat Islam yang melarang perkara tersebut.
"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,“Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!"
Baru-baru ini saya terbaca berkenaan gerakan ini diperhebat di Filipina dengan menggunakan saluran National Youth Commision Filliphine. Sebagai salah sebuah negara Asean juga, saya dan para sahabat amat bimbang dengan penularan ideologi songsang yang sudah amat hampir ini. Dengan menggunakan perisai hak asasi kemanusian, mereka telah meragut hak asasi kita semua sebagai umat Islam yang melarang perkara tersebut.
Proses bagi pembersihan dan pemutihan aqidah di kalangan belia masih lagi belum mencapai tahap yang memuaskan. Para pendakwah dan ulamak di Malaysia bertungkus lumus bagi menjayakan agenda pemutihan ini tetapi berlaku beberapa kekangan di kalangangan masyarakat seperti salah terjemahan, tafsiran logik akal, asabiyah dan sebagainya. Ditambah pula dengan perkara LGBT ini, amatlah menggerunkan golongan generasi saya yang akan memimpin suatu hari nanti.
Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:
"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya."
Berulang kali telah saya bangkitkan tentang masa depan dan hala tuju Agama, Bangsa, dan Tanah air ini. Hari ini, saya memohon kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudara yang amat saya hormati dan kasihi, kekanglah permasalahan ini demi menjaga kemaslahatan dan peradaban Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta. Janganlah kita membuka lubang-lubang kemudharatan ini sekarang kerana ianya akan mendatangkan kemudharatan yang lebih besar dan mengundang laknat Allah s.w.t.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Shahrir Semsubhari
Berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.
No comments:
Post a Comment