Hati Yang Sakit


Assalamu'alaikum w.b.t buat sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku di luar sana. 



Inginku nukilkan suatu perihal tentang "Hati yang sakit" berdasarkan pengalaman, pemerhatian, penelitian dan pendengaranku...

Semua manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan sewaktu hayatnya di atas muka bumi ini. Tetapi, bagaimanakah seseorang itu membaiki kesilapannya ataupun bertaubat untuk tidak mengulangi kesilapannya. Sama ada menjadi lebih baik ataupun sama sahaja mahupun bertambah buruk. Konteks hari ini melontarkan pandangan tentang keadaan hati yang sakit dan bagaimana ianya mengubah hidup seseorang.

Nafsu adalah kehendak yang sukar di kawal dan dibendung. Nafsu juga memainkan peranan penting dalam aspek kecenderungan hati.Sentiasa kecenderungan hati yang berdasarkan nafsu akan mendatangkan kemudharatan apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan nafsu tanpa menimbang sesuatu perkara menggunakan akal dan pegangan. Contohnya, kehidupan manusia di atas muka bumi sentiasa diberi pilihan tetapi dek kerana kehendak, seseorang itu gagal memilih sesuatu perkara yang baik berdasarkan akal dan pegangannya.

Rasionalisasi Subsisdi Minyak di Malaysia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Harga sebelum kenaikan


Pada awal saya mendengar tentang kenaikan harga minyak ini ada juga berantakan rasa di hati tapi saya terfikir pasti ada rasional PM kita terpaksa membuat satu tindakan yg besar kesannya kepada pihak kerajaan. Semua sudut harus diambil kira demi rakyat. Mohon sahabat jangan cepat melatah. Setiap isu harus dipandang dan dinilai daripada mata burung bukan daripada bawah tempurung. Berfikirlah secara rasional dan pasti ada sebab terbaik demi rakyat!


Membanteras Gerakan LGBT


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Umum mengetahui LGBT adalah satu singkatan nama bagi golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender iaitu 4 perkara yang haram di sisi agama Islam. Berdasarkan penilitian saya, agenda dan gerakan bagi menghalalkan LGBT semakin hebat dijalankan bukan sahaja di Malaysia malahan di negara-negara lain juga.


Firman Allah di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166 yang bermaksud:
"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,“Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!"

Baru-baru ini saya terbaca berkenaan gerakan ini diperhebat di Filipina dengan menggunakan saluran National Youth Commision Filliphine. Sebagai salah sebuah negara Asean juga, saya dan para sahabat amat bimbang dengan penularan ideologi songsang yang sudah amat hampir ini. Dengan menggunakan perisai hak asasi kemanusian, mereka telah meragut hak asasi kita semua sebagai umat Islam yang melarang perkara tersebut.



Analisis Politik PRK DUN Pengkalan Kubor N1


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Umum mengetahui tentang kematian Datuk Noor Zahidi Omar iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor N1. Beliau menyandang kerusi DUN N1 lebih dari 3 penggal. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat rakyat negeri Kelantan khususnya kawasan pengkalan kubor. Masyarakat setempat amat menyenangi beliau atas keprihatinan dan kredibiliti sebagai wakil rakyat. Beliau bukanlah seorang ahli politik yang bersandar atau berpaut pada parti semata-mata tetapi beliau adalah seorang “winnable candidate” yang menjadi tulang belakang kepada Parti Barisan Nasional.




Ketahui tentang GST




Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera buat semua. 


Hari ini saya ingin memberikan info tentang GOOD AND SERVICES TAX atau lebih dikenali dengan nama singkatannya GST. Ia adalah sejenis cukai yang ditukar ganti daripada sistem percukaian yang lama iaitu SALES AND SERVICES TAX (SST) di mana 10% + 6% = 16% berbanding GST = 6%. Sistem cukai GST adalah sistem cukai kepenggunaa yang lebih efisen dan efektif bagi mengelakkan ketirisan yang berlaku dalam sistem yang sebelumnya SST.

5 Universiti Terbaik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



We are on the right path and stream. Our 5 education institution listed and rose up. Congratulations to all of you who come with good efforts to achieve this good result. Keep up for better future. My honour and respect be with you.


Yang Benar,
Shahrir Semsubhari


Kemelut Selangor




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Berikutan kemelut selangor baru-baru ini, saya ingin melontarkan pandangan saya berhubung isu ini. Saya pecahkan posting saya kali ini dengan beberapa bahagian agar mudah diikuti oleh pembaca sekalian.

Majlis Iftar Ramadhan Alumni SMKSS 2014





Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada hari sabtu, 12 Julai 2014 yang lepas, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan bersama guru dan bekas pelajar. Penyertaan seramai 63 orang bekas pelajar dan 7 orang guru amat menggamatkan suasana. Pihak urusetia juga  menyediakan duit raya bagi kanak-kanak yang hadir.

Selamat Hari Malaysia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya mengucapkan selamat hari Malaysia yang ke 51  kepada semua sahabat-sahabat dan saudara-saudara. Perjalanan 50 tahun pertama telah berakhir, kini sudah setahun bagi 50 tahun yang kedua. Saya amat yakin sahabat dan saudara saya di luar sana amat mencintai keamanan dan perpaduan bagi tanah air tercinta.

Penubuhan Malaysia

Penubuhan Malaysia 16 September 1963
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.

Akta Hasutan





Kenyataan akhbar -akta hasutan 1948

1. Kerajaan ingin menegaskan bahawa sebarang keputusan yang dibuat sama ada untuk
mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional
hendaklah dibuat dengan rasional, berhemah dan terbuka. Proses ini hendaklah
dilakukan dalam keadaan terkawal agar negara terus berada dalam keadaan harmoni,
kukuh dan stabil.

Layan dia dengan cara yang lebih baik




Baru-baru ini saya terbaca suatu pandangan atau kata-kata daripada seorang saudara yang bernama Naveetha Roopan seorang pelajar vaterinar di UPM. Kenyataannya berbunyi sindirin dan celaan terhadap bangsa melayu dan pertubuhan politik UMNO yang digelar UMNGOK. Amat terkilan rasa hati apabila terbaca kata-kata status yang dipaparkan di media facebook seperti ini kerana saya juga seorang melayu yang rasa terhina sekali apabila diumpamakan seperti anjing dan dikaitkan dengan puak pemberontak. Tidak kurang daripada itu, beliau melontarkan pandangan supaya pihak yahudi membunuh golongan-golongan tersebut.

The muslim DNA


Assalamualaikum,

At a time when perceptions are everything, setting a good example is far more powerful than mere words. So here is your chance with this practical course for every Muslim old and young, novice or veteran there is something for everyone to learn and become a better person in ‘The Muslim DNA’.

This course will delve into the tafseer and hadith to extract the life lessons we need to become better people. You will learn about the eternal struggle with Satan, bravery, humility, piety, remembering your Lord, leadership, honesty, generosity, avoiding backbiting & envy, justice and so on. This course is replete with essential topics you simply must learn about to develop your character.



For more information visit http://www.alkauthar.org/course.php?course=515


Semangat perpaduan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semangat perpaduan itu lahir dari hati dan jati diri... Kami amat berbangga dengan kamu semua yang mempertahankan keamanan negara ini. Kami juga berbangga menjadi rakyat Malaysia.. Budaya hormat-menghormati antara satu sama lain dan tolresansi adalah satu aspek penting dalam agenda perpaduan. Ribuan terima kasih diucapkan dan selamat menyambut Hari Malaysia pada 16/9/2014.



Shahrir Semsubhari


UTM wakil SFJ di Jepun


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Congratulations to Mr. Haziq Zainal Abiddin, goodluck and all the best.


Shahrir Semsubhari




Malaysia menentang ISIS

Malaysia Tentang ISIS Kerana Tidak Bawa Keadilan Kepada Islam - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 5:27 PM
NAJIB

Najib Tun Razak. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR
PUTRAJAYA: Malaysia berdiri teguh bersama masyarakat antarabangsa dalam menentang pertubuhan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) kerana ia tidak membawa keadilan kepada Islam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia bimbang dengan konflik di Iraq dan Syria selain penglibatan aktiviti militan yang menghakis kestabilan di negara-negara berkenaan.

Twins of Faith 2014


Assalamualaikum,

The Twins of Faith Conference is an annual Islamic conference held by Mercy Mission with the purpose of educating and mobilising all people towards positive social activism. The two Twins of Faith are Knowledge and Action. Our goal is to inspire positive change through awareness of the Prophet’s vision, conversation and engagement. Hopefully we can meet here brothers and sisters.


Shahrir Semsubhari

Tips khusyuk dalam solat


Assalamualaikum,

Saya suka berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang ilmu yang bermanfaat buat kita semua. Semoga kita diberkati dan dipermudahkan. Insya'allah.



Shahrir Semsubhari

Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan 2014 (KG3)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat sahabat2 diluar sana... mungkin di sini bermula peluang dan langkah kaki yang pertama buat kamu.. 26/9/2014, persiapkan semua dokumen sebelum kamu hadir. Insya'allah ada rezekinya...


Shahri Semsubhari


Musim Haji



Assalamu'alaikum w.b.t buat saudara-saudaraku semua.. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kita dikurniakan usia dan kesihatan sehingga ke hari ini. Berakhirnya Ramadhan dan Syawal yakni bulan yang memberi penuh pengajaran dan pengertian, kini kita bertemu dengan bulan zulhijjah. Perkara besar bagi kita umat Islam untuk bulan ini adalah menunaikan fardhu haji. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 97 yang bermaksud : 

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk."

Aurat




Mari kita perhatikan apa yang perlu kita ubah didalam kehidupan seharian kita.

Bersatu dan menerima keputusan


Ahli UMNO Perlu Bersatu, Terima Keputusan Kepimpinan Tertinggi - Fathul Bari

PEKAN, 30 Ogos (Beranam) -- Semua ahli UMNO perlu bersatu dan menerima setiap keputusan yang dibuat barisan kepimpinan tertinggi bagi mengelak berlaku perpecahan sehingga melemahkan parti, kata Exco Pemuda UMNO Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau berkata sebarang masalah dalaman perlu diselesai secara baik dengan merujuk kepada kepimpinan tertinggi sebelum membuat sebarang keputusan.

"Sukar untuk UMNO meyakinkan mengundi jika masalah dalaman parti sendiri kita gagal atasi sehingga menyebabkan perpecahan," kata Fathul Bari ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pekan, Sabtu.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda bahagian itu mengemukakan tiga usul, antaranya mendesak tindakan tegas diambil terhadap pihak yang sengaja mencetuskan provokasi di laman sosial dan memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST).



--BERNAMA

Sudahkah anda bertaubat hari ini?





Assalamu'alaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabatku.. mulakan pagi kita dengan ingatan... tiada perkara yg lebih baik pada seseorang itu melainkan dia bertaubat setiap hari dengan menyesali setiap kekhilafannya.. semoga kita semua dipelihara oleh Allah s.w.t.



Sumpah Melayu


Mari kita renungkan bersama..

Promo Ahli Parlimen Belia Malaysia



saksikan Promo ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang 
Program Ahli Parlimen Belia Malaysia

Tugas Ahli Parlimen Belia Malaysia


Di antara bidang-bidang tugas Ahli Parlimen Belia Malaysia 

Pemilihan Ahli Parlimen Malaysia


Sedikit infomasi mengenai Pemilihan Ahli Parlimen Belia Malaysia

Pendaftaran Program Parlimen Belia


Jom kita daftar untuk menjadi pemilih didalam Program 
PARLIMEN BELIA MALAYSIA

Kriteria Ahli Parlimen Belia Malaysia


Ini adalah antara syarat-syarat yang patut ada bagi semua yang ingin menjadi Ahli Parlimen Belia.

Matlamat Parlimen Belia Malaysia


Antara matlamat utama Ahli Parlimen Malaysia diadakan adalah seperti berikut

Negara yang mempunyai Parlimen Belia


Antara negara-negara yang telah melaksanakan program Ahli Parlimen Belia atau dikenali sebagai Mini Parlimen

Share

Hubungi saya

Name

Email *

Message *